Thursday 28 July 2016

Pengalaman Menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan

Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan hari yang amat bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama kerana pada hari tersebutlah negara kita mencapai kemerdekaan.

                Ayah telah berjanji membawa saya dan adik meraikan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka. Pada hari tersebut, kami bertolak pada awal pagi untuk mengelakkan kesesakan lalu-lintas. Kami telah mencari tempat yang strategik, iaitu di barisan paling hadapan agar dapat melihat dengan lebih jelas.

                Tepat jam 7.30 pagi, dif-dif kehormat telah mengambil tempat duduk di atas pentas utama. Orang ramai turut membanjiri Dataran Merdeka. Upacara bermula dengan nyanyian lagu “Negaraku” dan lagu-lagu patriotik. Bendera Jalur Gemilang dinaikkan dan berkibar megah di angkasa.

                Selepas itu, Perdana Menteri menyampaikan ucapan di atas pentas. Beliau mengakhiri ucapannya dengan laungan “Merdeka” sebanyak tujuh kali. Seluruh rakyat jelata menyahut laungannya dengan penuh semangat patriotisme sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Suasana di Dataran Merdeka meriah sekali.

                Seterusnya, perbarisan lintas hormat diketuai oleh pasukan pancaragam diikuti oleh pasukan beruniform seperti pasukan polis, tentera, bomba, murid-murid sekolah, kakitangan kerajaan dan kumpulan pejuang veteran negara. Mereka kelihatan segak dan gagah dengan pakaian seragam masing-masing.

                Perarakan kereta berhias dan pertunjukkan akrobatik jet pejuang turut memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Kebangsaan. Saya sempat merakamkan detik-detik yang sungguh mengagumkan ini dengan perakam video. Saya akan berkongsi rakaman ini dengan kawan-kawan di sekolah nanti.

                Kira-kira jam 11.00 pagi, upacara sambutan Hari Kebangsaan telah berakhir. Saya telah mendapat satu pengalaman yang amat berharga. Saya cinta akan tanah air saya dan berbangga menjadi rakyat Malaysia.

Tuesday 26 July 2016

Suasana semasa Membeli-belah di Pasar Raya

Hari ini hari minggu. Ayah membawa kami sekeluarga ke Pasar Raya Pakson untuk membeli-belah. Pasar raya itu mengadakan jualan mega sempena menyambut Tahun Baru Cina.

Orang ramai berpusu-pusu ke pasar raya. Pasar raya itu dihias dengan tanglung dan reben berwarna merah. Lagu Tahun Baru Cina turut disiarkan bagi memeriahkan lagi suasana di dalam pasar raya.

Kelihatan pelbagai iklan ditampalkan pada rak-rak. Barang-barangan yang terpilih diberikan potongan harga daripada 10% hingga 70%. Barangan disusun di atas rak dengan rapi dan kreatif bagi menarik hati pengunjung. Kami menjadi rambang mata apabila melihat barang-barang yang dipamerkan.

Pihak pasar raya turut mengadakan promosi “Beli Satu Percuma Satu” dan cabutan bertuah bagi setiap pembelian yang melebihi RM 100. Promoter melayan pengunjung dengan mesra dan berbudi bahasa. Para pengunjung sibuk membelek-belek barangan yang dikehendaki oleh mereka sambil membandingkan harga barangan.

Ibu bapa juga tidak melepaskan peluang untuk membeli pakaian dan kasut baru yang diberi diskaun hebat. Saya dan adik telah memilih Lego yang kami idam-idamkan. Alangkah seronoknya kami seperti itik mendapat air.

Kami terpaksa beratur panjang untuk membuat pembayaran di kaunter bayaran. Namun, kami tetap menunggu giliran dengan sabar. Selepas membuat pembayaran, kami pun pulang ke rumah dengan gembira.

Sunday 24 July 2016

Cara-cara Membalas Jasa Orang Tua Kita

Ibu bapa ialah orang yang membawa kita ke dunia ini. Tanpa mereka, siapalah kita. Sebagai anak, kita sewajarnya membalas jasa ibu bapa kita.

               Terdapat banyak cara untuk membalas jasa ibu bapa kita. Antaranya, kita mestilah rajin menuntut ilmu. Nescaya, semua ibu bapa berharap agar anak-anak akan berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Oleh itu, kita mestilah belajar dengan bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ibu bapa kita.

               Di samping itu, kita hendaklah menjadi anak yang berperibadi mulia. Kita mestilah sentiasa berkelakuan baik dan berlemah-lembut semasa bertutur dengan ibu bapa. Kita hendaklah patuh kepada ibu bapa dan jadikan nasihat mereka sebagai pedoman hidup.

               Selain itu, kita mestilah bersikap ringan tulang. Ibu bapa telah penat bekerja seharian untuk mencari nafkah demi menyara keluarga. Sebagai anak, kita hendaklah membantu ibu bapa melakukan kerja rumah bagi meringankan beban mereka. Contohnya mengemas rumah dan memasak.

               Bukan itu sahaja, kita mestilah bersikap prihatin dan menyayangi ibu bapa kita. Kita patut menjaga ibu bapa kita apabila mereka sudah tua dan uzur. Kita mesti sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan ibu bapa. Sesungguhnya, pengorbanan mereka tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

               Pendek kata, jasa ibu bapa amatlah besar. Janganlah kita bersikap bagai kacang lupakan kulit.

Suasana Kantin Sekolah pada Waktu Rehat

"Ring...," Loceng sekolah telah berbunyi. Murid-murid beratur ke kantin untuk mengisi perut.

               Suasana di kantin sekolah riuh-rendah seperti bertih digoreng. Sesetengah murid membawa bekalan makanan dari rumah. Sesetengah murid pula beratur dengan tertib untuk membeli makanan dan minuman.

               Terdapat pelbagai jenis makanan dijual di kantin sekolah. Misalnya mi goreng, nasi lemak, bihun sup, roti dan pelbagai jenis kuih. Semua makanan disusun dengan rapi dan ditutup dengan penutup plastik supaya tidak dicemari. Pekerja kantin melayan kerenah murid-murid dengan mesra.

               Selepas membeli makanan, murid-murid mencari tempat yang sesuai untuk menikmati makanan masing-masing. Murid-murid menjamu selera dengan sopan. Selepas makan, murid-murid meletakkan pinggan-mangkuk ke dalam besen dan membuang plastik pembungkus sampah ke dalam tong sampah yang disediakan bagi menjaga kebersihan kantin.

               Guru disiplin dan beberapa orang pengawas bertugas untuk mengawasi murid-murid di kantin sekolah. Kelihatan dua orang murid lelaki berkejar-kejaran di kantin. Mereka ditahan oleh pengawas dan ditegur oleh guru disiplin kerana melanggar peraturan sekolah.

               Apabila waktu rehat tamat, semua murid beratur pulang ke kelas masing-masing untuk meneruskan pembelajaran. Suasana di kantin sekolah pun kembali sunyi.

Mata Pelajaran Kegemaran Saya

Nama saya ialah Jasmine Lee. Saya belajar di SJK (C) Chung Hwa Wei Sin. Mata pelajaran kegemaran saya ialah Bahasa Melayu.             Baha...