Wednesday 7 September 2016

Kepentingan Internet


Pada era globalisasi ini, penggunaan Internet semakin meluas. Internet boleh mendatangkan banyak manfaat kepada kita.

            Kita boleh melayari Internet untuk mencari pelbagai maklumat terkini. Maklumat yang dikehendaki boleh diperoleh dengan cepat dan mudah. Gambar dan informasi juga boleh dicetak atau disimpan di dalam komputer.

            Selain itu, kita boleh berhubung dengan ahli keluarga dan sahabat handai di seluruh dunia melalui rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter. Kemudahan ini bukan sahaja membolehkan kita menghantar mesej serta-merta, malahan menjimatkan kos.

            Di samping itu, kita boleh membuat bayaran bil dan membeli barangan melalui Internet. Transaksi boleh dilakukan di mana-mana sahaja secara online. Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran.

            Bukan itu sahaja, kita akan peka kepada perkembangan semasa. Kita dapat mengetahui peristiwa yang berlaku di serata dunia dalam masa yang singkat. Misalnya berita dalam lapangan politik, sukan dan hiburan. Kita tidak akan menjadi katak di bawah tempurung.

            Pendek kata, Internet memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan kita. Kita perlulah bijak menggunakan teknologi yang canggih ini.

Friday 2 September 2016

Ulasan ☞ Langkah-langkah Mencegah Pembiakan Nyamuk Aedes

Gambar tersebut menunjukkan maklumat tentang langkah-langkah mencegah pembiakan nyamuk aedes. Antaranya ialah membuat semburan kabus di sekitar kawasan perumahan pada waktu pagi dan petang. Selain itu, kita hendaklah menutup bekas takungan air dengan rapat agar nyamuk aedes tidak dapat membiak. Di samping itu, kita perlu membersihkan tempat-tempat yang boleh menakung air seperti longkang dan pelapik pasu bunga untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Kita juga hendaklah membubuh ubat Abate ke dalam kolah untuk membunuh jejentik. Kesimpulannya, kita perlu berusaha untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes demi kebaikan bersama.

Mata Pelajaran Kegemaran Saya

Nama saya ialah Jasmine Lee. Saya belajar di SJK (C) Chung Hwa Wei Sin. Mata pelajaran kegemaran saya ialah Bahasa Melayu.             Baha...