Setiap orang mempunyai haiwan yang paling disayangi. Begitu juga dengan saya. Haiwan yang paling saya sayangi ialah kucing. Kucing ini dihadiahkan oleh ayah saya pada hari jadi saya yang lalu.
Saya menamakan kucing ini Kipu. Kipu berusia satu tahun. Bulu Kipu berwarna putih bertompok perang. Bulu Kipu pendek dan gebu. Matanya hitam dan besar. Sifat Kipu yang lincah dan manja telah menarik hati saya untuk membelanya.
Saya memberi Kipu makan makanan kucing dua kali sehari. Saya sentiasa memastikan Kipu makan makanan yang segar dan berkhasiat. Setiap tiga bulan, saya akan meminta ayah menghantar Kipu ke klinik haiwan untuk membuat pemeriksaan kesihatan.
Pada hujung minggu, saya dan ayah akan membersihkan badan Kipu. Saya juga akan membersihkan sangkar, tempat tinggal Kipu supaya bersih. Ibu dan ayah sering menasihati saya agar menjaga Kipu dengan bersungguh-sungguh dan memastikan Kipu sentiasa bersih dan sihat.
Kipu seekor kucing yang jinak dan pandai mendengar arahan saya. Saya sering menghabiskan masa senggang saya bersama-sama Kipu. Kipu suka mengodek-ngodek ekornya apabila duduk di atas riba saya.
Saya amat menyayangi Kipu. Saya berjanji akan memelihara kucing ini dengan penuh kasih sayang.
Friday, 29 August 2014
Sunday, 3 August 2014
Surat Tidak Rasmi
No.
8, Lorong Bukit Ubi 33,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
24 JULAI 2014.
Menemui sahabatku, Adi yang kini berada di Segamat, Johor. Semoga saudara berada dalam keadaan sihat walafiat.
Saudara,25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
24 JULAI 2014.
Menemui sahabatku, Adi yang kini berada di Segamat, Johor. Semoga saudara berada dalam keadaan sihat walafiat.
Apa khabar saudara di sana? Saya dan
keluarga di sini sihat-sihat sahaja.
Sudah sebulan lamanya saya dan
keluarga berpindah ke Kuantan. Saya sudah dapat membiasakan diri dengan
persekitaran di sini. Dalam warkah ini akan saya ceritakan keadaan di sekolah
baharu saya.
Saya ditempatkan di SJK (C) Chung
Ching kerana sekolah ini berdekatan dengan rumah saya. Sekolah ini besar dan
bersih. Setiap hari, saya akan berjalan kaki ke sekolah. Perjalanan dari rumah
saya ke sekolah hanya mengambil masa 10 minit sahaja.
Di sekolah ini terdapat tiga blok
bangunan, iaitu blok A, blok B dan blok C. Di sekolah ini dilengkapi pelbagai
kemudahan seperti bilik darjah, bilik muzik, makmal komputer, makmal sains,
kantin, dewan, perpustakaan yang berhawa dingin dan padang yang luas. Di sini
juga terdapat taman sains dan pondok bacaan. Kami dapat menghabiskan masa
lapang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah di sini.
Guru besar sekolah ini ialah Encik
Tang. Beliau seorang Guru Besar yang tegas tetapi penyayang. Di sekolah ini ada
75 orang guru dan 1100 orang murid. Guru-guru di sini ringan tulang dan
berdedikasi. Murid-murid pula baik hati dan peramah.
Saya
belajar di Tahun Lima Budi. Guru kelas saya ialah Puan Fong Hui Ling. Cikgu
Fong telah melantik saya sebagai ketua kumpulan. Saya telah berkenalan dengan
ramai kawan di sini. Mereka banyak membantu saya dalam pelajaran.
Saudara,
Bagaimanakah keadaan sekolah dan
kawan-kawan di sana? Saya amat merindui kalian. Saya bercadang untuk pulang ke
Segamat pada cuti sekolah yang akan datang. Dapatlah kita berjumpa dan beromong
kosong.
Sekian sahaja coretan saya buat kali
ini. Sampaikan salam rindu daripada saya kepada kawan-kawan kita di sana.
Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,
Amirul
Amirul
Saturday, 12 July 2014
Cara-cara Berjimat Cermat
Sejak kecil lagi, kita
dididik agar berjimat cermat. Hal ini demikian kerana amalan berjimat cermat
boleh memberi banyak manfaat kepada kita. Kita boleh berjimat cermat menerusi pelbagai cara.
Antaranya, kita boleh
berjimat cermat dalam perbelanjaan wang. Kita hendaklah bijak menguruskan wang
kita dengan membeli barangan yang diperlukan sahaja. Wang yang selebihya boleh
disimpan di dalam tabung ataupun di bank untuk bekalan masa hadapan bak kata pepatah Melayu, "sikit-sikit, lama-lama menjadi bukit".
Di samping itu, kita
hendaklah berjimat cermat dalam penggunaan air dan elektrik. Misalnya, kita
hendaklah memastikan saluran paip air dan tangki air di kawasan kediaman kita
sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan tidak bocor. Pili paip hendaklah
ditutup selepas menggunakannya.
Air yang telah digunakan juga boleh
dimanfaatkan dengan tujuan yang lain bagi mengelakkan pembaziran. Contohnya,
air basuhan beras boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga dan air basuhan
pakaian pula boleh digunakan untuk mencuci lantai ataupun tandas. Kita juga hendaklah
menutup suis lampu dan kipas selepas menggunakannya.
Selain itu, kita hendaklah menyahut seruan kerajaan yang menggalak semua lapisan masyarakat terutamanya
di kawasan bandar agar berkongsi kenderaan ataupun menggunakan perkhidmatan
kemudahan awam yang telah disediakan seperti kemudahan bas awam dan komuter bagi menjimatkan masa,
wang dan petrol.
Konklusinya,
cara-cara berjimat cermat yang dinyatakan wajarlah dipraktikkan dalam
kehidupan harian kita demi menjamin kesejahteraan hidup.
Monday, 23 September 2013
Suasana di Pasar Malam
Nama saya Amirul. Saya dan keluarga
saya tinggal di Taman Melawati. Tidak jauh dari rumah saya terdapat sebuah
pasar malam. Pada setiap hari Jumaat, pasar malam ini akan dibuka dari pukul 6.00 petang
hingga 10.00 malam.
Pasar malam ini agak besar. Banyak penjaja
berniaga di pasar malam ini. Kira-kira pada pukul 5.00 petang, para penjaja
sudah mula membuka gerai masing-masing di bahu jalan. Terdapat gerai makanan
dan minuman, gerai buah-buahan, gerai sayur-sayuran, gerai pakaian, gerai alat
permainan dan sebagainya.
Menjelang malam, pasar malam ini menjadi
terang-benderang kerana setiap gerai dipasang dengan lampu neon ataupun lampu
kalimantang. Para penjaja sibuk menyusun barang-barang jualan mereka. Ada penjaja
yang sibuk memasak dan ada pula penjaja yang sibuk menghidangkan makanan untuk
dijual.
Suasana di pasar malam meriah sekali.
Sekali-sekala kedengaran suara penjaja yang menjerit harga untuk menarik
perhatian pengunjung. Terdapat juga pengunjung yang asyik tawar-menawar harga
dengan penjaja untuk membeli barangan yang dikehendaki dengan harga yang lebih
murah. Para penjaja melayan kerenah pelanggan mereka dengan mesra dan berbudi
bahasa.
Di pasar malam juga kelihatan
beberapa orang pengemis yang berpakaian compang-camping duduk di bahu jalan.
Mereka mencari rezeki dengan memainkan
alat muzik. Sesetengah pengunjung yang bermurah hati memberi sedekah kepada
pengemis kerana bersimpati terhadap nasib malang yang menimpa mereka.
Apabila malam kian larut, suasana di
pasar malam menjadi kian lengang. Para penjaja pun membersihkan kawasan
perniagaan masing-masing lalu pulang ke rumah.
Sunday, 22 September 2013
Aku Sekaki Payung
Aku ialah sekaki payung. Namaku
Merah kerana badanku berwarna merah. Aku dilahirkan
di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam. Aku diperbuat daripada besi dan plastik yang berkualiti.
Setelah dilahirkan, aku dan
kawan-kawanku dihantar ke sebuah
pasar raya yang terletak di Kuala Lumpur. Kami telah dipamerkan di atas rak dan dilabelkan
harga RM 19.90. Hatiku girang sekali kerana dapat berkenalan dengan kawan-kawan yang baharu.
Beberapa hari kemudian, seorang
perempuan singgah di hadapanku. Perempuan itu membelek-belek aku. Dia tertarik dengan warna badanku yang
menarik. Dia pun membeli aku lalu membawa aku pulang ke rumahnya.
Tuan aku bernama Mariam. Dia seorang jurujual yang ringan tulang. Aku sangat berguna kepada tuan sama ada
pada hari panas mahupun hari hujan. Aku boleh melindungi tuan daripada terkena pancaran matahari yang terik dan
air hujan.
Tuan sentiasa menggunakan aku dengan cermat. Dia juga menjaga aku dengan baik.
Apabila badanku kotor, tuan akan mengelap aku dengan kain yang bersih.
Selepas itu, dia menyimpan aku di dalam
bilik setor.
Aku berbesar hati kerana dapat berkhidmat kepada tuan aku. Aku akan terus berbakti kepada tuan sehingga
riwayatku tamat.
Sekolah Saya
Nama saya
Anusha Dewi. Saya menuntut ilmu di SJK (C) Kuang Hwa. Sekolah saya terletak di Bandar
Indera Mahkota, Kuantan .
Sekolah
saya besar dan bersih. Di sekitar kawasan sekolah saya telah ditanami pokok
bunga yang cantik. Sekolah saya dilengkapi pelbagai kemudahan seperti kantin,
dewan, bilik muzik, bilik komputer, makmal sains, perpustakaan yang berhawa
dingin dan padang yang luas.
Di
sekolah saya juga terdapat taman sains dan pondok bacaan. Pada waktu rehat,
murid-murid suka bersiar-siar atau membaca buku di sana. Semua murid wajib
mematuhi peraturan dan menjaga kebersihan kawasan sekolah.
Guru
besar sekolah saya ialah Encik Hong Kong Yean. Beliau seorang guru besar yang
tegas tetapi penyayang. Beliau amat mengambil berat tentang pelajaran
murid-murid. Di sekolah saya terdapat 82 orang guru dan 1100 orang murid.
Guru-guru di sekolah saya ringan tulang dan berdedikasi. Murid-murid pula peramah
dan berbudi bahasa. Murid-murid sentiasa pasang telinga semasa guru mengajar di
dalam kelas.
Pada
setiap hari Isnin, sekolah saya akan mengadakan perhimpunan di dewan sekolah.
Apabila loceng sekolah berbunyi pada pukul 7.40 pagi, murid-murid akan beratur
ke dewan untuk perhimpunan. Waktu persekolahan di sekolah saya bermula dari
pukul 7.40 pagi hingga 1.10 petang.
Saya sangat
sayang akan sekolah saya. Saya amat bertuah kerana dapat belajar di sekolah
ini.
Kebaikan Menonton Televisyen
Televisyen merupakan sejenis media
elektronik yang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Dewasa ini, hampir setiap rumah
mempunyai sebuah televisyen.
Menonton televisyen boleh memberi
banyak kebaikan kepada kita. Melalui televisyen, para penonton boleh mendapat
maklumat tentang ramalan cuaca. Dengan itu, kita boleh membuat persediaan awal bagi
menghadapi bencana-bencana yang diramalkan akan berlaku.
Selain itu, rancangan berita yang
disiarkan melalui televisyen membolehkan kita mengetahui hal ehwal semasa yang
berlaku di dalam mahupun di luar negara. Kita akan memjadi lebih peka terhadap
perkembangan semasa.
Dalam pada itu, para
murid boleh menambahkan pengetahuan melalui rancangan berunsurkan
pendidikan yang disiarkan melalui televisyen. Murid-murid tidak akan berasa
bosan dengan hanya membaca buku sahaja.
Di samping itu, kita boleh mengisi masa lapang
kita dengan menonton televisyen di rumah. Di samping melapangkan fikiran, kita
boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kita juga dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat
seperti merokok dan melepak.
Televisyen sememangnya berguna dan
penting kepada kita. Kita hendaklah pandai memilih rancangan televisyen yang
sesuai dan memanfaatkan kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Mata Pelajaran Kegemaran Saya
Nama saya ialah Jasmine Lee. Saya belajar di SJK (C) Chung Hwa Wei Sin. Mata pelajaran kegemaran saya ialah Bahasa Melayu. Baha...
-
Kebersihan diri amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita mestilah menjaga kebersihan diri. Kita mestilah mandi sekurang-kurang...
-
Pada cuti sekolah yang lalu, ayah telah membawa kami sekeluarga pergi berkelah di Air Terjun Sekayu. Sebelum bertolak, kami telah menyediaka...
-
Pada hari minggu yang lepas, saya telah mengikut ibu ke pasar yang terletak tidak jauh dari rumah kami. Saya dan ibu berjalan kaki...