Peribahasa
Wednesday, 31 May 2017
Kebaikan Amalan Berbudi Bahasa
Peribahasa
Tuesday, 2 May 2017
Ibu Saya
Ibu saya seorang suri rumah yang ringan tulang. Setiap hari, beliau bangun pada awal pagi. Beliau rajin membuat kerja rumah. Misalnya mengemas rumah, membasuh pakaian, memasak dan lain-lain lagi. Oleh itu, rumah kami sentiasa bersih dan kemas.
Selain itu, ibu saya juga pandai memasak. Setiap hari, beliau akan menyediakan pelbagai hidangan yang enak untuk kami sekeluarga. Kata ibu, kita perlu makan makanan yang seimbang agar badan sihat dan otak cerdas.
Ibu sangat mengambil berat tentang pelajaran saya. Beliau sering menemani saya membuat kerja sekolah dan menelaah pelajaran. Apabila saya menghadapi masalah dalam pelajaran, ibu akan mengajar saya sehingga saya benar-benar faham. Ibu sentiasa memberi dorongan kepada saya supaya tidak berputus asa.
Ibu amat menyayangi saya. Apabila saya jatuh sakit, ibu sentiasa berada di sisi saya. Beliau memujuk saya makan ubat dan menjaga saya dengan sabar.
Saya amat bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang mengasuh saya bagai menatang minyak yang penuh. Saya berdoa agar ibu saya panjang umur dan sihat selalu.
Cara-cara Menghargai Jasa dan Pengorbanan Guru
Terdapat pelbagai cara untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru. Antaranya, kita hendaklah menumpukan perhatian semasa guru mengajar dan menyiapkan tugasan yang dipesan oleh guru. Perbuatan ini dapat menunjukkan kita memahami pelajaran yang diajar oleh guru.
Di samping itu, kita mestilah mendengar nasihat dan teguran guru. Kita harus menjadikan nasihat guru sebagai pedoman hidup. Ini dapat menunjukkan bahawa kita menghormati dan menghargai guru.
Seterusnya, kita mestilah belajar dengan bersungguh-sungguh agar dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Kejayaan kita dalam bidang akademik dan kokurikulum merupakan cara yang paling baik untuk membalas jasa guru. Mereka pasti berbesar hati tatkala melihat kita berjaya.
Selain itu, kita hendaklah meraikan sambutan Hari Guru bagi memperingati jasa dan pengorbanan guru. Kita boleh memberikan hadiah berupa kad ucapan, bunga dan cenderamata kepada guru sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan mereka.
Pendek kata, jasa dan pengorbanan guru amatlah besar dalam melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak mulia. Justeru, sayangilah dan hargailah guru kerana jasa dan pengorbanan mereka tidak mampu dibalas.
Friday, 21 April 2017
Kepentingan Kegiatan Kokurikulum di Sekolah
Kosa kata:
lazimnya = biasanya 通常/一般
mulia = terpuji 受赞扬
ulat buku = suka membaca 书虫
terjerumus = terjebak 陷入
manfaat = kebaikan 好处
Tuesday, 28 March 2017
Permainan Tradisional yang Saya Minati
Permainan tradisional merupakan permainan yang dimainkan oleh nenek moyang kita sejak zaman dahulu lagi. Misalnya congkak, gasing, batu seremban, wau dan sepak raga.
Permainan tradisional yang paling saya minati ialah permainan wau. Permainan ini boleh dimainkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Permainan ini hanya boleh dimainkan di kawasan yang lapang dan berangin seperti di tepi pantai.
Dua orang diperlukan untuk bermain wau. Seorang menjadi juruanjung yang memegang wau manakala seorang pula menjadi jurutarik yang memegang tali. Saya sering bermain wau dengan atuk saya. Atuklah yang mengajar saya teknik-teknik menghulur dan menarik tali supaya wau saya boleh melayang tinggi.
Atuk saya mahir menghasilkan wau yang asli dan unik. Beliau pernah menghadiahi saya wau bulan yang cantik pada hari jadi saya. Kata atuk, wau juga boleh dijadikan kraf tangan dan hiasan dinding.
Permainan wau banyak memberikan faedah kepada saya. Permainan ini boleh mengisi masa lapang saya dengan berfaedah. Saya juga dapat menghilangkan stress setelah penat belajar. Selain memberi hiburan, permainan ini dapat memupuk semangat muhibah dan mengeratkan hubungan silaturahim.
Saya berasa bangga kerana dapat mewarisi permainan tradisional ini daripada atuk. Saya akan memperkenalkan permainan ini kepada kawan-kawan saya pada suatu hari nanti.
Wednesday, 7 September 2016
Kepentingan Internet
Friday, 2 September 2016
Ulasan ☞ Langkah-langkah Mencegah Pembiakan Nyamuk Aedes
Mata Pelajaran Kegemaran Saya
Nama saya ialah Jasmine Lee. Saya belajar di SJK (C) Chung Hwa Wei Sin. Mata pelajaran kegemaran saya ialah Bahasa Melayu. Baha...
-
Kebersihan diri amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita mestilah menjaga kebersihan diri. Kita mestilah mandi sekurang-kurang...
-
Pada cuti sekolah yang lalu, ayah telah membawa kami sekeluarga pergi berkelah di Air Terjun Sekayu. Sebelum bertolak, kami telah menyediaka...
-
Pada hari minggu yang lepas, saya telah mengikut ibu ke pasar yang terletak tidak jauh dari rumah kami. Saya dan ibu berjalan kaki...