Semua orang mempunyai hobi. Begitu juga dengan saya. Hobi saya ialah menunggang basikal.
Saya suka
menunggang basikal sejak berumur lima tahun lagi. Pada hari jadi saya, ibu bapa
telah menghadiahi saya sebuah basikal BMX. Setiap petang, bapa mengajar saya
menunggang basikal di padang yang luas.
Pada mulanya,
saya asyik terjatuh dari basikal. Namun, saya tidak berputus asa. Ibu bapa juga
mendorong saya supaya mencuba lagi. Selepas beberapa minggu, saya pun pandai
menunggang basikal.
Pada masa
lapang, saya akan menunggang basikal di taman rekreasi bersama-sama kawan saya.
Kadang kala, saya berbasikal ke sekolah. Hobi ini bukan sahaja dapat mengisi
masa lapang saya malahan dapat menyihatkan badan saya. Oleh itu, badan saya cergas
dan otak saya cerdas.
Pada setiap
hari minggu, saya akan mencuci basikal saya dengan air sabun. Saya juga
menggilap basikal saya sehingga berkilat-kilat. Pada waktu malam, saya akan
mengunci basikal saya di garaj kereta agar tidak dicuri orang. Saya sangat
sayang akan basikal saya.
Saya berasa
gembira kerana mempunyai hobi yang baik. Saya berharap agar hobi saya akan
berterusan sehingga saya dewasa.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletegood n nub?
ReplyDeleteYeah
DeleteGood try
ReplyDeleteGood job
ReplyDeleteMANTAP
ReplyDeleteGood
ReplyDelete