Encik
Zainal ialah jiran baharu saya. Beliau sekeluarga tinggal di sebelah rumah
saya. Mereka baru sahaja berpindah ke sini sejak dua bulan yang lepas. Encik
Zainal sekeluarga berasal dari Alor Setar, Kedah.
Encik
Zainal seorang peniaga yang jujur. Beliau membuka kedai runcit di taman
perumahan kami. Isterinya, Puan Rosnani ialah suri rumah tangga sepenuh masa
yang ringan tulang. Beliau menguruskan kerja rumah dan menyediakan hidangan
untuk keluarganya setiap hari.
Encik zainal dan Puan Rosnani
mempunyai seorang cahaya mata, Khairul. Khairul ialah anak emas mereka. Khairul
sebaya dengan saya. Kami belajar di sekolah yang sama. Setiap hari, kami pergi
ke sekolah dengan menaiki bas sekolah.
Khairul
ialah seorang murid yang cemerlang. Namun, dia tidak bersikap sombong. Apabila
saya menghadapi masalah dalam peperiksaan, dia akan membantu saya. Sikap
Khairul yang berbudi bahasa menyebabkan
kawan-kawan suka mendampinginya.
Pada
masa lapang, kami sering berbasikal di halaman rumah. Kadang kala, kami bermain
bola sepak di padang. Walaupun saya dan khairul baru berkenalan, tetapi
hubungan kami akrab seperti isi dengan kuku.
Encik
Zainal dan keluarganya sangat peramah. Mereka sering bertegur sapa dengan jiran
tetangga. Oleh itu, semua jiran suka bergaul dengan mereka.
Saya
berasa gembira kerana boleh tinggal berjiran dengan Encik Zainal sekeluarga.
Saya berharap agar mereka sentiasa sihat dan dicucuri rahmat.
KARANGAN YANG SANGAT BAIK!!!!!BEST!!!
ReplyDeleteSAYA SUKA KARANGAN INI
betul betul betul
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteI can finish my homework so fast
ReplyDeleteWow cheating?
DeleteI can finish my homework so fast
ReplyDeleteI can finish my homework so fast
ReplyDeleteCheating
Deletekarangan yg paling best
ReplyDeleteSuper 😇
ReplyDeletekarangan ini sangat best
ReplyDeleteBEST BEST!!!!
ReplyDeleteNot bad
ReplyDelete