Pada
cuti penggal yang lalu, bapa telah membawa kami sekeluarga pulang ke kampung
untuk menziarahi datuk dan nenek. Kampung datuk terletak di Pekan, Pahang. Kami
menaiki kereta bapa ke sana.
Kira-kira
45 minit kemudian, kami pun sampai di pekarangan rumah datuk. Datuk dan nenek
menyambut kepulangan kami dengan tangan terbuka. Hati saya girang sekali kerana
dapat berjumpa dengan datuk dan nenek.
Kami
berlangkah kanan kerana pada waktu itu ialah musim buah-buahan. Datuk membawa
kami ke dusunnya. Di dusun datuk terdapat banyak pokok buah-buahan, iaitu
durian, manggis, duku, rambutan dan mangga. Pokok-pokok berbuah lebat dan
buah-buahan telah masak ranum.
Saya
dan adik menolong datuk mengutip buah durian yang gugur di kawasan semak. Bapa
pula mengait rambutan dengan galah yang panjang. Kami meletakkan buah-buahan
itu di dalam raga.
Setelah
penat, kami berehat di bawah pokok yang rendang. Datuk dan bapa mengopek buah
durian untuk kami makan. Air liur kami meleleh apabila menghidu bau durian yang
harum. Kami menjamah durian dengan sepuas-puasnya.
Pada
waktu senja, kami pun pulang ke rumah. Datuk memberikan beberapa biji durian
dan seikat rambutan kepada kami sebagai buah tangan. Saya berasa seronok kerana
dapat menjejak kaki ke dusun datuk. Saya akan menziarahi datuk dan nenek lagi
pada cuti sekolah yang akan datang.
KARANGANYA BAGUS...AYATNYA GRAMATIS...SAYA SUKA KARANGAN INI
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWah, saya baru je buat karangan yang seakan sama seperti ini semalam setelah sekian lama tak membuat penulisan formal.
ReplyDeletePada cuti persekolahan yang lalu, saya dan adik telah pulang ke kampung yang terletak di Kemasek Terengganu. Kami pulang dengan menaiki bas ekspres. Kebiasaannya kami pulang ke kampung bersama-sama ibubapa dengan menaiki kereta. Oleh kerana waktu itu bapa kami masih lagi sibuk dengan tugasannya, kami diizinkan pulang lebih awal. Mereka menghantar kami ke stesen bas. Bapa berjanji akan segera pulang ke kampung sebaik sahaja tugas-tugasnya dapat diselesaikan.
ReplyDeleteApabila tiba di Stesen Bas Kemasek, datuk dan nenek telah berada di situ menantikan kami tiba. Kami menuju ke rumah datuk dengan menaiki kereta yang dipandu datuk. Di dalam kereta, saya menghantar mesej kepada ibu menyatakan perjalanan kami berjalan dengan lancar.
Bertuahnya kami kali ini pulang ke kampung datuk berkebetulan di musim buah-buahan. Sememangnya datuk mempunyai dusun buah-buahannya sendiri.
Setibanya di rumah datuk, beliau menyuruh saya dan adik merehatkan diri. Datuk berjanji pada sebelah petangnya, beliau dan nenek akan membawa saya dan adik ke dusun buah-buahannya. Kami sangat gembira.
Sebaik tiba waktu petang selepas solat Asar, datuk menunaikan janjinya membawa kami ke dusun buah-buahannya. Sebelum itu kami diingatkan supaya memakai baju yg sedikit tebal dan berlengan panjang untuk mengelakkan gigitan nyamuk.
Setibanya di dusun datuk, saya dan adik berasa sangat teruja. Sememangnya banyak jenis buah-buahan sedang masak ranum di atas pokok. Ada juga yg telah jatuh berguguran di atas tanah dan di celah-celah rumput. Ada yang masih elok, ada juga yang sudah rosak. Kami mula mengutip buah-buah yang masih elok lalu dimasukkan ke dalam guni dan beg plastik. Datuk memberitahu kumpulan kera, tupai dan juga kelawar sering merosakkan buah-buahan di dusunnya.
Di antara buah-buahan yang terdapat di dusun datuk saya ialah manggis, rambutan, langsat, rambai, pulasan dan juga durian. Oleh kerana waktu petang sudah suntuk, kami pulang ke rumah datuk. Perasaan kami berkobar-kobar untuk menyambung mengutip buah-buahan kegemaran kami pada keesokan paginya pula. Kami menikmati buah-buahan di dusun datuk sampai puas. Selebihnya bolehlah dibawa pulang apabila ibu dan bapa tiba menjemput kami kelak.
👍👍👍
Delete👍👍👍👍👍
ReplyDeleteSaya sangat sukakannya.. Tetapi karangan ini berapa patah perkataan ye??
ReplyDeleteNot helpful
ReplyDeleteTHE BESTEST ESSAY IN THE WORLD
ReplyDelete