No.
38, Lorong IM 5/8,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
25
April 2014.
Menemui sahabatku, Azizah yang kini
berada di Ipoh, Perak. Semoga saudari berada dalam keadaan sihat walafiat di
samping keluarga tersayang.
Saudari,
Apa khabar saudari di sana? Saya dan
keluarga di sini sihat-sihat sahaja.
Tidak lama lagi, kita akan menduduki
Ujian pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Tujuan saya menulis warkah ini adalah
untuk menceritakan persiapan yang telah saya lakukan bagi menghadapi
peperiksaan ini.
Saya menumpukan sepenuh perhatian
semasa guru mengajar di dalam kelas. Saya juga membuat nota penting tentang
pelajaran yang telah diajar oleh guru. Saya akan membaca nota-nota tersebut
pada masa lapang.
Selain itu, saya juga menghadiri
kelas tambahan yang diadakan di sekolah dan kelas tambahan swasta. Saya boleh
mendisiplinkan diri untuk membuat latihan tambahan yang yang diberikan oleh
guru. Apabila saya menghadapi masalah dalam pelajaran, saya akan bertanya
kepada guru.
Di samping itu, saya dan beberapa
orang kawan sekelas belajar secara berkumpulan di rumah saya pada setiap hari
Jumaat dan Sabtu. Aktiviti belajar secara berkumpulan ini diadakan selama dua
jam, iaitu dari pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang. Kami akan berbincang
tentang pelajaran yang telah diajar oleh guru dan menyiapkan tugasan yang
diberikan oleh guru bersama-sama.
Walau bagaimanapun, saya tidak lupa untuk menjaga kesihatan diri. Jika badan kita sihat, minda kita pun cerdas. Pada setiap hujung minggu, saya dan keluarga akan beriadah di taman rekreasi. Beriadah bukan sahaja dapat melapangkan fikiran, malahan dapat mengurangkan tekanan.
Walau bagaimanapun, saya tidak lupa untuk menjaga kesihatan diri. Jika badan kita sihat, minda kita pun cerdas. Pada setiap hujung minggu, saya dan keluarga akan beriadah di taman rekreasi. Beriadah bukan sahaja dapat melapangkan fikiran, malahan dapat mengurangkan tekanan.
Sekian sahaja coretan saya buat kali ini.
Semoga kita dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Sambutlah salam
mesra daripada saya untuk saudari dan keluarga di sana. Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,