Kesihatan amat penting kepada kita. Kesihatan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.
Terdapat pelbagai cara untuk menjaga kesihatan diri. Antaranya, kita perlu mengamalkan pengambilan makanan seimbang berpandukan piramid makanan. Ini bagi memastikan badan kita mendapat zat dan vitamin yang secukupnya.
Selain itu, kita hendaklah sentiasa bersenam. Aktiviti seperti senamrobik, zumba dan berjoging membolehkan badan kita mengeluarkan peluh dan sisa toksik badan. Badan kita akan menjadi cergas di samping menghindari masalah obesiti.
Bukan itu sahaja, kita harus mendapat tidur dan rehat yang mencukupi. Kita akan lebih bertenaga untuk belajar atau bekerja pada keesokan harinya. Kita juga dapat menghilangkan stres.
Dalam pada itu, kita mesti menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk memastikan tahap kesihatan diri. Ini membolehkan kita mengesan penyakit yang dihidapi dan mengambil rawatan awal sebelum penyakit tersebut menjadi semakin serius.
Konklusinya, kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Kita mesti sentiasa menjaga kesihatan diri kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Friday, 26 August 2016
Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri
Wednesday, 17 August 2016
Faedah Membaca
Membaca merupakan satu aktiviti yang baik. Amalan membaca boleh memberi kita banyak faedah.
Kita boleh membaca pelbagai jenis bahan bacaan untuk memanfaatkan diri sendiri. Contohnya surat khabar, majalah, novel, buku cerita dan ensiklopedia. Seseorang yang suka membaca akan mempunyai minda yang sihat dan positif.
Melalui amalan membaca, kita akan peka kepada perkembangan semasa. Misalnya, kita boleh mengetahui berita-berita di dalam dan di luar negara semasa membaca surat khabar. Kita tidak akan digelar katak di bawah tempurung.
Selain itu, kita boleh menambahkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata. Ini dapat membantu kita dalam pembelajaran di sekolah terutamanya bidang penulisan. Kita juga mampu berkomunikasi dengan lebih baik.
Di samping itu, kita boleh mengisi masa lapang dengan berfaedah. Kita boleh membaca di rumah ataupun di perpustakaan. Dengan itu, kita tidak akan terjerumus dalam gejala yang tidak sihat seperti melepak dan berjudi.
Konklusinya, amalan membaca merupakan satu amalan yang mulia. Kita sewajarnya memupuk tabiat suka membaca sejak kecil lagi kerana "Membaca Jambatan Ilmu".
Mata Pelajaran Kegemaran Saya
Nama saya ialah Jasmine Lee. Saya belajar di SJK (C) Chung Hwa Wei Sin. Mata pelajaran kegemaran saya ialah Bahasa Melayu. Baha...
-
Kebersihan diri amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita mestilah menjaga kebersihan diri. Kita mestilah mandi sekurang-kurang...
-
Pada cuti sekolah baru-baru ini, saya telah menyertai perkhemahan pengakap yang diadakan di sekolah saya selama dua hari satu mala...
-
Hari ini hari minggu. Ayah membawa kami sekeluarga ke Pasar Raya Pakson untuk membeli-belah. Pasar raya itu mengadakan jualan mega sem...