Pada era globalisasi ini, penggunaan Internet semakin
meluas. Internet boleh mendatangkan banyak manfaat kepada kita.
Kita
boleh melayari Internet untuk mencari pelbagai maklumat terkini. Maklumat yang
dikehendaki boleh diperoleh dengan cepat dan mudah. Gambar dan informasi juga
boleh dicetak atau disimpan di dalam komputer.
Selain
itu, kita boleh berhubung dengan ahli keluarga dan sahabat handai di seluruh
dunia melalui rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter. Kemudahan ini
bukan sahaja membolehkan kita menghantar mesej serta-merta, malahan menjimatkan
kos.
Di
samping itu, kita boleh membuat bayaran bil dan membeli barangan melalui
Internet. Transaksi boleh dilakukan di mana-mana sahaja secara online. Ini
dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana tidak perlu beratur panjang di kaunter
bayaran.
Bukan
itu sahaja, kita akan peka kepada perkembangan semasa. Kita dapat mengetahui peristiwa
yang berlaku di serata dunia dalam masa yang singkat. Misalnya berita dalam lapangan
politik, sukan dan hiburan. Kita tidak akan menjadi katak di bawah tempurung.
Pendek
kata, Internet memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan kita. Kita
perlulah bijak menggunakan teknologi yang canggih ini.