Friday 20 May 2016

Cara-cara Menceriakan Kawasan Sekolah

Sekolah merupakan tempat kita menuntut ilmu. Sekolah yang cantik dan ceria sememangnya menjadi impian semua guru dan murid-murid.
           Terdapat pelbagai cara untuk menceriakan kawasan sekolah. Antaranya ialah mengadakan program gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekolah. Misalnya mencuci longkang, mengutip sampah, menebas semak-samun dan membersihkan tandas. Kita mesti menjaga kebersihan kawasan sekolah agar dapat belajar dengan selesa.
          Di samping itu, kita boleh mengadakan Program Sekolah dalam Taman dengan menanam pelbagai jenis pokok bunga untuk mengindahkan persekitaran sekolah. Landskap sekolah juga hendaklah lengkap dengan kolam ikan, pancuran air mini, gazebo dan pondok bacaan. Nescaya murid-murid dapat belajar dengan lebih berkesan dalam persekitaran sekolah yang indah dan berudara segar.
          Selain itu, pihak sekolah boleh mengecat semula pintu pagar dan bangunan sekolah. Semua warga sekolah digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti mengecat dan melukis mural agar bangunan sekolah kelihatan lebih berseri. Murid-murid pasti berasa seronok untuk belajar di sekolah yang ceria.
          Bukan itu sahaja, pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan kelas terbersih. Melalui kempen kebersihan, murid-murid akan menjalankan tugasan harian untuk membersihkan dan menceriakan kelas masing-masing. Misalnya, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun meja dan kerusi dan menghias papan kenyataan. Suasana bilik darjah yang ceria akan menarik minat murid-murid untuk belajar dan membentuk pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif.
          Kesimpulannya, 'Sekolahku Rumahku' sewajarnya dipraktikkan di sekolah. Wahai kawan-kawan, marilah kita berganding bahu untuk menceriakan kawasan sekolah kita!

17 comments:

Mata Pelajaran Kegemaran Saya

Nama saya ialah Jasmine Lee. Saya belajar di SJK (C) Chung Hwa Wei Sin. Mata pelajaran kegemaran saya ialah Bahasa Melayu.             Baha...