Amalan berbudi bahasa merupakan
suatu amalan yang perlu dipratikkan dalam
kehidupan harian kita. Amalan ini boleh mendatangkan banyak kebaikan sekiranya
diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat.
Amalan berbudi bahasa dapat mencerminkan keperibadian individu.
Seseorang yang berbudi bahasa akan mudah didampingi
dan disenangi oleh orang lain. Hal ini disebabkan orang yang berbudi bahasa
akan sentiasa berlemah-lembut dan bersopan santun dalam pertuturan dan tingkah
laku.
Di samping itu, amalan berbudi
bahasa dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang
bangsa dan agama. Hal ini demikian kerana masyarakat yang berbudi bahasa akan
saling menghormati tanpa mengira taraf dan usia. Sebagai contoh, masyarakat
Malaysia hidup aman damai dan harmoni walaupun berlainan kaum, budaya dan kepercayaan.
Selain itu, budaya berbudi bahasa
dapat memajukan industri pelancongan negara.
Masyarakat tempatan yang berbudi bahasa akan memberikan layanan yang mesra dan
sopan kepada pelancong asing. Ini bukan sahaja dapat menarik kedatangan
pelancong, malahan dapat meningkatkan ekonomi negara.
Dalam pada itu, pemimpin negara yang
berbudi bahasa dapat meningkatkan imej negara.
Pemimpin dari negara lain akan berasa kagum dan menghormati negara kita. Negara
kita juga akan terkenal di persada dunia
sebagai negara yang bertamadun.
Kesimpulannya, amalan berbudi bahasa
bukan sahaja memanfaatkan individu, malahan membawa kebaikan kepada
masyarakat dan negara. Oleh itu, amalan ini perlu disemai sejak kecil lagi bak
kata pepatah, “melentur buluh, biarlah
dari rebungnya”.
Kosa Kata
1. dipratikkan =被实践
2. mencerminkan = 反映
3. didampingi = 被亲近
4. kepercayaan = 信仰
5. industri pelancongan = 旅游业
6. imej = 形象
7. persada dunia = 世界的平台
8. bukan sahaja… malahan = 不但…而且
Peribahasa
1. melentur buluh, biarlah
dari rebungnya = 好习惯要从小培养