Tuesday 2 May 2017

Ibu Saya

Ibu saya ialah wanita yang ayu. Beliau berkulit hitam manis dan berbadan sederhana. Nama ibu saya ialah Teu Shong Leng. Beliau berumur 45 tahun.
          Ibu saya seorang suri rumah yang ringan tulang. Setiap hari, beliau bangun pada awal pagi. Beliau rajin membuat kerja rumah. Misalnya mengemas rumah, membasuh pakaian, memasak dan lain-lain lagi. Oleh itu, rumah kami sentiasa bersih dan kemas.
          Selain itu, ibu saya juga pandai memasak. Setiap hari, beliau akan menyediakan pelbagai hidangan yang enak untuk kami sekeluarga. Kata ibu, kita perlu makan makanan yang seimbang agar badan sihat dan otak cerdas.
          Ibu sangat mengambil berat tentang pelajaran saya. Beliau sering menemani saya membuat kerja sekolah dan menelaah pelajaran. Apabila saya menghadapi masalah dalam pelajaran, ibu akan mengajar saya sehingga saya benar-benar faham. Ibu sentiasa memberi dorongan kepada saya supaya tidak berputus asa.
          Ibu amat menyayangi saya. Apabila saya jatuh sakit, ibu sentiasa berada di sisi saya. Beliau memujuk saya makan ubat dan menjaga saya dengan sabar.
          Saya amat bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang mengasuh saya bagai menatang minyak yang penuh. Saya berdoa agar ibu saya panjang umur dan sihat selalu.

37 comments:

  1. Thank you so much it is so useful

    ReplyDelete
  2. I LIKE THIS,KARANGAN INI MEMBANTU SAYA MEMBUAT KERJA SEKOLAH YANG BERTAJUK IBU SAYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka karangan ini ia boleh membantu saya cara untuk membuat karangan yang bertajuk ibu saya tetapi karangan tahun 6 kena ada 7 perenggang

      Delete
    2. πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘❤❤πŸ˜…πŸ‘Œ

      Delete
  3. I LIKE THIS,KARANGAN INI MEMBANTU SAYA MEMBUAT KERJA SEKOLAH YANG BERTAJUK IBU SAYA

    ReplyDelete
  4. πŸ˜±πŸ˜πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸ˜

    ReplyDelete
  5. Saya suka karangan ini.kerana membantu kerja sekolah saya.bertajuk ibu saya.

    ReplyDelete
  6. πŸ˜ŽπŸ˜ŽπŸ€—πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘Œ

    ReplyDelete
  7. So hard make sure next time even shorter plzzzz

    ReplyDelete
  8. I like your sentences Mr Google.

    ReplyDelete
  9. good,I really like this karanagan i can do home work merujuk karangan

    ReplyDelete

Mata Pelajaran Kegemaran Saya

Nama saya ialah Jasmine Lee. Saya belajar di SJK (C) Chung Hwa Wei Sin. Mata pelajaran kegemaran saya ialah Bahasa Melayu.             Baha...