Tuesday, 24 March 2015

Amalan Baik & Pengajaran

1.      berbelas kasihan   同情心
2.      bertimbang rasa    体谅
3.      bermurah hati     慷慨
4.      sedia memaafkan    宽恕
5.      yakin pada diri sendiri     自信
6.      berjimat cermat   节省
7.      bermuafakat    商量/讨论
8.      bersemangat kejiranan    睦邻精神
9.      berani kerana benar    勇敢因为真实
10.  menjaga kebersihan diri    照顾个人整洁
11.  menjaga kebersihan alam sekitar    照顾环境整洁
12.  menjaga kebersihan makanan    照顾食物整洁
13.  menjaga kebersihan tempat kediaman    照顾住所整洁
14.  amanah    可信任的
15.  ikhlas    诚心
16.  bercakap benar    说实话
17.  berdedikasi   乐于奉献
18.  bertoleransi    容忍
19.  memupuk semangat perpaduan   培养团结精神
20.  menghormati orang tua    尊敬长辈
21.  menghormati ibu bapa    尊敬父母
22.  menghormati rakan    尊敬朋友
23.  menghormati guru    尊敬老师
24.  menghormati jiran    尊敬邻居
25.  menghormati pemimpin    尊敬领袖
26.  menghormati kepercayaan dan adat resam     尊敬信仰和风俗习惯
27.  patuh kepada arahan ketua     服从领袖的指示
28.  patuh kepada undang-undang   遵守法律
29.  mematuhi peraturan     遵守规则
30.  berdisiplin     有纪律
31.  menyayangi ibu bapa      疼爱父母
32.  menyayangi anak    疼爱孩子
33.  menyayangi binatang kecil    疼爱小动物
34.  mencintai alam sekitar     爱护环境
35.  cinta akan negara     爱国
36.  bersopan santun     有礼貌
37.  berbudi bahasa     有教养
38.  bertanggungjawab     负责任
39.  peramah     和蔼可亲
40.  beramah mesra      和蔼可亲
41.  gigih berusaha      坚决/不屈不挠
42.  cekal     决心
43.  tabah     坚决
44.  bersabar   有耐心
45.  membuat persiapan awal     做早准备
46.  menghargai masa     珍惜时间
47.  menghargai jasa   珍惜功劳
48.  mengenang budi    感恩
49.  bercita-cita tinggi     有崇高的志向           
50.  menepati masa     守时
51.  insaf     知错
52.  berani mengakui kesalahan diri      勇于认错
53.  mengeratkan hubungan kekeluargaan     促进家庭关系
54.  memupuk semangat kekeluargaan      培养家庭关系
55.  mengucapkan tahniah     祝贺
56.  menjaga keselamatan diri      照顾个人安全
57.  merendah diri    谦虚
58.   memupuk semangat kesukanan     培养运动精神
59.  berprihatin     关心
60.  taat kepada ibu bapa     服从/顺从父母
61.  empati    体谅

Nilai Murni

1.      rajin   勤劳               
             
2.      baik hati   好心

3.      jujur   诚实

4.      adil   公正

5.      berani   勇敢

6.      berdikari  自立

7.      berhemah tinggi   高尚的品德

8.      kasih sayang   仁爱     
                       
9.      bersyukur   感恩 (感谢神)

10.    kebebasan  自由

11.    berfikiran rasional   有理性

12.    bersikap kesederhanaan  中庸

13.    hormat-menghormati   互相尊重

14.    bekerjasama  分工合作

15.    menjaga kebersihan   照顾整洁

16.    bersemangat patriotik   培养爱国精神

17.    memupuk semangat bermasyarakat   培养社会精神

Nilai-nilai Murni




            NILAI
                                         PENJELASAN
1.
Baik  hati
Sikap mengambil berat perasaan dan kebajikan orang lain secara ikhlas.


> belas kasihan
Perasaan simpati terhadap kesusahan orang lain.


> bertimbang rasa
Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain.


> murah hati
Sedia memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukan.


> saling faham-
    memahami
Kesanggupan untuk saling menerima pendapat serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing.


> sedia memaafkan
Tidak menaruh dendam terhadap seseorang yang telah insaf akan kesalahannya.

2.
Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.


> bertanggung jawab
Kesanggupan seseorang untuk memikul tugas atau kewajipan dan melaksanakan dengan sempurna.


> berupaya bertindak
    sendiri
Sanggup dan boleh melakukan sesuatu untuk diri sendiri tanpa mengharapkan orang lain.


> jaya diri
Berupaya mengembangkan potensi yang ada dalam diri sendiri untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam hidup.

> yakin pada diri
    sendiri
Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup bertindak.

3.
Hemah tinggi
Budi pekerti dan tingkah laku yang mulia, lemah-lembut dan berbudi bahasa yang patut diamalkan oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain.


> kesopanan
Bersopan santun, berbudi pekerti yang tinggi, tidak angkuh, tidak tunjuk-menunjuk, dan tidak sombong dalam pergaulan.


> mengakui kesalahan
    diri
Sikap bersedia menyatakan kesilapan dan kelemahan diri sendiri.


> ramah mesra
Tidak mengasingkan diri dan suka bergaul mesra tanpa mengira pangkat dan keturunan.

4.
Hormat-menghormati
Menghormati dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang baik.


> hormat kepada ibu
    bapa
Kewajipan dan tanggungjawab seorang anak bagi memuliakan ibu bapanya.


> hormat kepada
orang yang lebih
tua, guru, rakan,
jiran tetangga
Menunjukkan rasa hormat kepada golongan yang tersebut dengan memberi layanan yang baik.




> hormat kepada raja
    dan negara
Menerima dan menghormati raja serta lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera dan lagu kebangsaan.


> hormat kepada hak
    asasi
Menghormati hak dan keperluan asasi seseorang seperti yang terkandung dalam perlembagaan Malaysia.


> hormat kepada
   kepercayaan dan
   adat resam
   pelbagai keturunan
Menghormati adapt resam dan kepercayaan semua keturunan yang ada di dunia.




> hormat kepada
keperibadian
individu
Menghormati sifat-sifat yang tersendiri yang ada pada setiap individu terutama kepada golongan yang kurang bernasib baik.


> patuh kepada
   undang-undang
Menerima dan mematuhi undang-undang, peraturan yang telah ditentukan tanpa mengira di mna sahaja seseorang itu berada.


> patuh kepada
    ketepatan masa
Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah.


> menghargai
kebijaksanaan
pengalaman dan
jasa
Menghargai seseorang kerana pengetahuan, pengalaman, pengorbanan dan jasanya dalam sesuatu lapangan.




> menghargai tenaga
    kerja
Menghargai perkhidmatan, jasa, dan sumbangan golongan pekerja.


> menghargai
    maruah diri
Menghargai maruah diri setiap individu tanpa mengira taraf dan kedudukan sosialnya.

5.
Kasih sayang
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan lahir dari  hati yang rela terhadap sesuatu.


> sayang kepada
   Nyawa

Menghargai dan tidak menganiayai makhluk yang bernyawa.


> sayang kepada
   alam sekeliling

Sentiasa ingin memelihara alam sekeliling untuk kesejahteraan hidup.


> cinta kepada
   negara
Bangga dan taat setia kepada negara.



> cinta kepada
   keamanan dan
   keharmonian
Suka hidup berbaik-baik antara satu sama lain dan mengutamakan kedamaian serta kesejahteraan hidup.


6.
Keadilan
Perlakuan, pertuturan, dan keputusan yang saksama.


> adil
Mempertimbang sesuatu secara objektif, menyeluruh dan wajar.


> saksama
Tidak berat sebelah dan berpatutan dalam tindakan dan keputusan sama ada dalam memberi ganjaran atau hukuman.

7.
Kebebasan
Boleh melakukan sesuatu tanpa batasan asalkan kebebasan itu tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh agama, masyarakat dan negara.


> kebebasan di sisi
   undang-undang
Boleh melakukan sesuatu dengan bebas asalkan tidak melanggar peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh keluarga, komuniti, masyarakat, negara, dan agama.


> kebebasan dalam
    sistem demokrasi
Sistem demokrasi memberi kebebasan kepada individu untuk melakukan sesuatu bagi menjamin kesejahteraan hidup. Dalam sistem bagi menjamin kebebasan ini telah  diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

8.
Keberanian
Kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. Keberanian itu perlu ada pada setiap orang tetapi harus tahu batas dan keupayaannya kerana keberanian yang melulu boleh mengakibatkan bencana.


> berani dengan
   tidak membuta tuli
Sanggup dan bersedia menghadapi sesuatu cabaran atau dugaan dengan mengambil kira kemampuan yang ada dan juga akibat daripada tindakan yang diambil itu.


> berani kerana benar
Sanggup mempertahankan sesuatu yang diakui benar dengan memberi bukti-bukti yang nyata.

> berani
   mempertahankan
   pendirian
Sanggup mempertahankan sesuatu yang diyakini benar dengan memberi  alasan – alasan yang munasabah.



> berani
    bertanggungjawab
Sanggup bertanggungjawab terhadap segala keputusan dan tindakan yang telah diambil.

9.
Kebersihan fizikal
dan mental
Kebersihan fizikal adalah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Kebersihan mental pula adalah kebersihan pertuturan, perlakuan dan pemikiran.


> kebersihan diri
Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap individu.


> kebersihan
   persekitaran
Pemeliharaan alam sekeliling supaya bebas daripada kekotoran dan pencemaran.


> pertuturan dan
perlakuan yang
sopan
Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain ke
arah mencapai kebersihan rohani dan jasmani.


> pemikiran yang
   sihat dan membina
Pandangan, cadangan, pendapat dan pemikiran yang bernas dan ikhlas yang harus dipupuk untuk kebaikan diri dan masyarakat.

10.
Kejujuran
Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah, dan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.


> amanah
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.


> bercakap benar
Menyatakan sesuatu dengan betul dan benar tanpa menokok tambah dan berselindung.


> ikhlas
Kesucian hati  tanpa balasan apabila melakukan sesuatu.

11.
Kerajinan
Usaha berterusan yang penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara.


> cekal
Teguh, tetap dan tabah hati dalam melakukan sesuatu perkara.


> daya usaha
Usaha yang sungguh-sungguh dengan semangat inisiatif, inovatif dan kreatif demi mencapai kejayaan.


> dedikasi
Menunjukkan minat dan kerelaan untuk mengorbankan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu kerja.


> gigih
Berusaha dengan penuh semangat tanpa mengenal putus asa.


> tekun
Sikap sabar dan bersungguh-sungguh apabila melakukan sesuatu perkara.

12.
Kerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat.


> persaudaraan
Hubungan mesra sesama manusia tanpa mengira bangsa atau keturunan yang dapat melahirkan kerjasama yang erat untuk kesejahteraan umat mnusia.


> tanggungjawab
   bersama
Tanggungjawab atau kewajipan yang perlu dipikul oleh semua ahli kumpulan demi kepentingan dan kebaikan bersama.


> gotong-royong
Turut serta dan membantu dalam melaksanakan sesuatu tugas secara beramai-ramai tanpa upah.




> toleransi
Sanggup bertolak ansur, sabar serta dapat mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan.


> kebaikan bersama
Kebaikan yang dirasai hasil daripada usaha saling bantu-membantu sesama manusia.


> perpaduan
Suasana persefahaman dan kerjasama di peringkat keluarga, komuniti, msyarakat, negara, dan antarabangsa.

13.
Kesederhanaan
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dn nilai masyarakat.


> sederhana dalam
   menimbangkan
   kepentingan orang
   lain
Membuat pertimbangan supaaya tidak terlalu mementingkan diri sendiri dan tidak terlalu menjaga kepentingan orang lain sehingga boleh merosakkan diri sendiri.


> tidak keterlaluan
dalam pertuturan
dan tingkh laku
Pertuturan dan tingkah laku yang tidak melampaui batas kesopanan, tidak menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.


14.
Kesyukuran
Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan yang diperoleh.


> berterima kasih
Perasaan yang dilhirkan untuk menunjukkan pengiktirafan terhadap sesuatu jsa, sumbangan atau pemberian.


> mengenang budi
Mengingati jasa baik seseorang serta berhasrat untuk membalasnya.


> penghargaan
Pengakuan seseorang terhadap jasa dan sumbangan yang diterima.

15.
Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya tanpa dipengaruhi oleh perasaan.


> boleh membuat
    pertimbangan
Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.


> boleh membuat
    penaakulan
Mampu berfikir dan dapat memberi alasan-alasan yang munasabah.



> berfikir secara logik
    dan terbuka
Sikap dan pandangan yang boleh diterima akal dan munasabah.
16.
Semangat bermasyarakat
Kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat.


> bermuafakat
Sentiasa mengutamakan persetujuan dan bekerjasama dalam menjalankan sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama.


> kejiranan
Hidup berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong dan bekerjasama dengan jiran tetangga.


> peka terhadap isu-
isu sosial dalam
masyarakat
Sentiasa menyedari, mengambil berat dan berusaha mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan masyarakat demi kebaikan bersama.

Mata Pelajaran Kegemaran Saya

Nama saya ialah Jasmine Lee. Saya belajar di SJK (C) Chung Hwa Wei Sin. Mata pelajaran kegemaran saya ialah Bahasa Melayu.             Baha...