Thursday 28 July 2016

Pengalaman Menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan



Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan hari yang amat bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama kerana pada hari tersebutlah negara kita mencapai kemerdekaan.


                Ayah telah berjanji membawa saya dan adik meraikan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka. Pada hari tersebut, kami bertolak pada awal pagi untuk mengelakkan kesesakan lalu-lintas. Kami telah mencari tempat yang strategik, iaitu di barisan paling hadapan agar dapat melihat dengan lebih jelas.

                Tepat jam 7.30 pagi, dif-dif kehormat telah mengambil tempat duduk di atas pentas utama. Orang ramai turut membanjiri Dataran Merdeka. Upacara bermula dengan nyanyian lagu “Negaraku” dan lagu-lagu patriotik. Bendera Jalur Gemilang dinaikkan dan berkibar megah di angkasa.

                Selepas itu, Perdana Menteri menyampaikan ucapan di atas pentas. Beliau mengakhiri ucapannya dengan laungan “Merdeka” sebanyak tujuh kali. Seluruh rakyat jelata menyahut laungannya dengan penuh semangat patriotisme sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Suasana di Dataran Merdeka meriah sekali.

                Seterusnya, perbarisan lintas hormat diketuai oleh pasukan pancaragam diikuti oleh pasukan beruniform seperti pasukan polis, tentera, bomba, murid-murid sekolah, kakitangan kerajaan dan kumpulan pejuang veteran negara. Mereka kelihatan segak dan gagah dengan pakaian seragam masing-masing.

                Perarakan kereta berhias dan pertunjukkan akrobatik jet pejuang turut memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Kebangsaan. Saya sempat merakamkan detik-detik yang sungguh mengagumkan ini dengan perakam video. Saya akan berkongsi rakaman ini dengan kawan-kawan di sekolah nanti.

                Kira-kira jam 11.00 pagi, upacara sambutan Hari Kebangsaan telah berakhir. Saya telah mendapat satu pengalaman yang amat berharga. Saya cinta akan tanah air saya dan berbangga menjadi rakyat Malaysia.

28 comments:

  1. bagus .ttp lebih 100 pkataan

    ReplyDelete
  2. Karangan yang sangat bagus πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  3. Good..saya tabit orang yang tulis karangan niπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  4. sikit sgt ah perkataan dye

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. Skola sy nak x kurang drpd 200 PP

    ReplyDelete
  7. nk contoh karangan pengalaman boleh

    ReplyDelete
  8. karangan pendek. apapun, well done

    ReplyDelete
  9. Thanks this an is amazing reference for me😊

    ReplyDelete
  10. terima kasih atas perkongsian karangan. mohon perkongsian.

    ReplyDelete
  11. terima kasih kerana berkongsi ka❤rangan tersebut❤πŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸŒΉπŸŒΉ

    ReplyDelete
  12. Terbaik πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  13. its really so helpful for me at the last minute of my online exam....thank you so much ...god bless u

    ReplyDelete

Mata Pelajaran Kegemaran Saya

Nama saya ialah Jasmine Lee. Saya belajar di SJK (C) Chung Hwa Wei Sin. Mata pelajaran kegemaran saya ialah Bahasa Melayu.             Baha...