Tuesday, 26 July 2016

Suasana semasa Membeli-belah di Pasar Raya



Hari ini hari minggu. Ayah membawa kami sekeluarga ke Pasar Raya Pakson untuk membeli-belah. Pasar raya itu mengadakan jualan mega sempena menyambut Tahun Baru Cina.

Orang ramai berpusu-pusu ke pasar raya. Pasar raya itu dihias dengan tanglung dan reben berwarna merah. Lagu Tahun Baru Cina turut disiarkan bagi memeriahkan lagi suasana di dalam pasar raya.

Kelihatan pelbagai iklan ditampalkan pada rak-rak. Barang-barangan yang terpilih diberikan potongan harga daripada 10% hingga 70%. Barangan disusun di atas rak dengan rapi dan kreatif bagi menarik hati pengunjung. Kami menjadi rambang mata apabila melihat barang-barang yang dipamerkan.

Pihak pasar raya turut mengadakan promosi “Beli Satu Percuma Satu” dan cabutan bertuah bagi setiap pembelian yang melebihi RM 100. Promoter melayan pengunjung dengan mesra dan berbudi bahasa. Para pengunjung sibuk membelek-belek barangan yang dikehendaki oleh mereka sambil membandingkan harga barangan.

Ibu bapa juga tidak melepaskan peluang untuk membeli pakaian dan kasut baru yang diberi diskaun hebat. Saya dan adik telah memilih Lego yang kami idam-idamkan. Alangkah seronoknya kami seperti itik mendapat air.

Kami terpaksa beratur panjang untuk membuat pembayaran di kaunter bayaran. Namun, kami tetap menunggu giliran dengan sabar. Selepas membuat pembayaran, kami pun pulang ke rumah dengan gembira.

11 comments:

Mata Pelajaran Kegemaran Saya

Nama saya ialah Jasmine Lee. Saya belajar di SJK (C) Chung Hwa Wei Sin. Mata pelajaran kegemaran saya ialah Bahasa Melayu.             Baha...