Thursday 13 September 2018

Ulasan : Kegunaan Pokok Kelapa

Pokok kelapa mempunyai banyak kegunaan. Antaranya, air buah kelapa muda boleh diminum untuk menyejukkan badan terutamanya pada hari panas. Di samping itu, daun kelapa boleh dianyam menjadi sarung ketupat ketika musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Seterusnya, batang pokok kelapa yang keras dan panjang sesuai dijadikan titi untuk menyeberangi sungai atau parit. Selain itu, isi kelapa boleh diproses menjadi sabun untuk membersihkan badan kita. Isi kelapa juga boleh dibuat marjerin yang diperlukan semasa membuat biskut atau kuih. Kesimpulannya, kita hendaklah menghargai pokok kelapa kerana hampir seluruh bahagian tumbuhan ini memberikan manfaat kepada kita.

34 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Yang ni ramalan je mungkin masuk mungkin tidak.harap harap masuk dalam upsr

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Goood.......keluar upsr ni👌🤩

    ReplyDelete
  5. thank you it is very useful

    ReplyDelete
  6. Bagus adik. Boleh say dapat ulasan kegunaan poko kelapa sawit .Esok

    ReplyDelete
  7. Boleh tulis tiga point saja tak?

    ReplyDelete
  8. please view my blog, my channel blog is name MY HOLIDAY AKTIVITIES,bake cake and cooking

    ReplyDelete

Mata Pelajaran Kegemaran Saya

Nama saya ialah Jasmine Lee. Saya belajar di SJK (C) Chung Hwa Wei Sin. Mata pelajaran kegemaran saya ialah Bahasa Melayu.             Baha...