Membaca surat khabar boleh menambahkan ilmu
pengetahuan kita. Melalui surat
khabar, kita boleh mendapat maklumat-maklumat tentang politik, ekonomi, sukan,
hiburan dan sebagainya. Surat
khabar memaparkan berita-berita dari dalam dan luar negara.
Selain itu, membaca surat khabar boleh mengisi masa lapang kita
dengan berfaedah. Di samping melapangkan fikiran kita, membaca surat khabar boleh mengelakkan kita daripada
melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak baik seperti merokok, berjudi dan
melepak. Melalui surat
khabar, kita akan lebih peka terhadap perkembangan semasa.
Sebagai murid, kita patut memupuk
sikap suka membaca surat
khabar. Amalan membaca surat khabar bukan sahaja boleh menambahkan
perbendaharaan kata kita, malah boleh meningkatkan teknik penulisan kita.
Seseorang yang berpengetahuan luas akan mendapat sanjungan, sebaliknya yang
berpengetahuan cetek pula akan diibaratkan seperti katak di bawah tempurung.
Amalan membaca surat khabar mendatangkan banyak kebaikan
kepada kita. Kita patut memupuk amalan membaca surat khabar sejak kecil lagi.
HsjsshsjsgnsjsbdNusbdbscnsavaj shs sbsbshs shs durmah djd dbusns,
ReplyDeleteFish from the sea
ReplyDelete