Nama saya Amirul. Saya dan keluarga
saya tinggal di Taman Melawati. Tidak jauh dari rumah saya terdapat sebuah
pasar malam. Pada setiap hari Jumaat, pasar malam ini akan dibuka dari pukul 6.00 petang
hingga 10.00 malam.
Pasar malam ini agak besar. Banyak penjaja
berniaga di pasar malam ini. Kira-kira pada pukul 5.00 petang, para penjaja
sudah mula membuka gerai masing-masing di bahu jalan. Terdapat gerai makanan
dan minuman, gerai buah-buahan, gerai sayur-sayuran, gerai pakaian, gerai alat
permainan dan sebagainya.
Menjelang malam, pasar malam ini menjadi
terang-benderang kerana setiap gerai dipasang dengan lampu neon ataupun lampu
kalimantang. Para penjaja sibuk menyusun barang-barang jualan mereka. Ada penjaja
yang sibuk memasak dan ada pula penjaja yang sibuk menghidangkan makanan untuk
dijual.
Suasana di pasar malam meriah sekali.
Sekali-sekala kedengaran suara penjaja yang menjerit harga untuk menarik
perhatian pengunjung. Terdapat juga pengunjung yang asyik tawar-menawar harga
dengan penjaja untuk membeli barangan yang dikehendaki dengan harga yang lebih
murah. Para penjaja melayan kerenah pelanggan mereka dengan mesra dan berbudi
bahasa.
Di pasar malam juga kelihatan
beberapa orang pengemis yang berpakaian compang-camping duduk di bahu jalan.
Mereka mencari rezeki dengan memainkan
alat muzik. Sesetengah pengunjung yang bermurah hati memberi sedekah kepada
pengemis kerana bersimpati terhadap nasib malang yang menimpa mereka.
Apabila malam kian larut, suasana di
pasar malam menjadi kian lengang. Para penjaja pun membersihkan kawasan
perniagaan masing-masing lalu pulang ke rumah.
terima kasih kerana memberi info tentang karangan ini.Sekali lagi saya berterima kasih
ReplyDeletesama-sama, adam.
ReplyDeletesama-sama, adam.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSaya mengucap terima kasih kerana memeberikan saya karangan ini kerana otak saya menjadi blank tetiba
ReplyDeleteGood....
ReplyDeleteTerima kasih sangat kerana Saya menjadi blank apabila Saya nampak ini otak Saya dah cergas
ReplyDeleteNervous lah. This week ada ujian upsr hmmm.. doakn saya yaaa..
ReplyDelete