Rakan kamu telah dipilih sebagai Tokoh Murid. Tuliskan perbualan antara kamu
dengan rakan kamu untuk mengetahui rahsia kejayaannya.
Jane : Apa khabar,
Julia?
Julia : Khabar baik,
Jane.
Jane : Tahniah, kamu
telah dipilih sebagai Tokoh Murid pada tahun ini!
Julia : Terima
kasih, Jane.
Jane : Apakah
perasaan kamu setelah dipilih sebagai Tokoh Murid?
Julia : Saya berasa sungguh gembira. Semua ahli
keluarga saya turut
berasa bangga atas
kejayaan saya.
Jane : Apakah rahsia
di sebalik kejayaan kamu, Julia?
Julia : Sebenarnya, tiada apa-apa rahsia. Saya
hanya berpegang
pada prinsip “Usaha Tangga Kejayaan”.
Jane : Setahu saya, kamu bukan sahaja cemerlang
dalam bidang akademik,
malahan juga aktif dalam bidang sukan. Bagaimanakah kamu
membahagikan masa kamu untuk belajar dan bersukan?
Julia : Saya telah membuat jadual untuk
mendisiplinkan diri. Selepas pulang
dari sekolah, saya akan menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh
guru.
Selepas itu, barulah saya berlatih badminton di gelanggang
badminton. Pada sebelah malam pula, saya akan menelaah pelajaran
dan membuat
latihan pengukuhan.
Jane : Siapakah yang
banyak memberi dorongan kepada kamu?
Julia : Ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan
sentiasa memberi dorongan
dan sokongan kepada saya. Apabila saya menghadapi masalah
dalam pelajaran, saya akan bertanya kepada guru. Saya juga sering
berbincang dengan rakan-rakan
tentang pelajaran yang telah diajar
oleh guru.
Jane : Terima kasih
kerana sudi berkongsi rahsia kejayaan kamu dengan
saya, Julia.
Julia : Sama-sama,
Jane.
No comments:
Post a Comment